Monday, March 9, 2015

Ikan Haruan & Gamat

BAHAYA IKAN HARUAN & GAMAT

CERITA IKAN HARUAN & GAMAT 

Hari ini nak kongsi atas permintaan seorang hamba Allah yg minta aku post di wall untuk dibacanya. Beliau mengalami masalah kesihatan dalaman yang berkemungkinan besar akan menjalani operation kali yg ke-7. Sedang ikhtiar mencari penawar & rawatan alternatif selain dr operation. Himpunan info ini terhasil dari bacaan, bertanya, kumpul dan aku alami sendiri sejak kebelakangan ini. Mana tahu boleh mencambah minda / berkongsi pendapat & pengalaman. Mungkin juga di luar sana masih ramai wanita yg tak tahu. Sharing is caring. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin 1, 2, 10 atau banyak lagi hikmah tersembunyi disebalik satu-satu kejadian yang menimpa diri kita. Jika tidak kerana operation ni juga, mungkin aku tidak menimba ilmu pengetahuan baru berkaitan TIGA penyakit di bawah – CYST, ADHESION COLIC & CANCER. Apa perkaitannya dengan ikan haruan ataupun gamat. Bunyi macam biasa saja. Iyalah ramai betul orang pesan jika nak luka cepat sembuh makanlah ikan haruan, pati ikan haruan ataupun jus gamat (apa jua brand). Betul tak? Sejauh mana bagus khasiatnya?

Menurut kisah benar dari seorang sahabat yg berjiran & berbual panjang dengan seorang doktor gyane. Katanya sudah banyak medical research & journals diterbitkan hasil daripada kajian serta statistik menunjukkan majoriti kes terjadi di kalangan orang melayu / Malaysia akibat consume ikan haruan/pati haruan hasil didikan nenek moyang kita. Sukar untuk percaya, lalu aku buat carian internet. Bacaan demi bacaan melalui blog-blog peribadi bekas pesakit, blog-blog doktor perubatan, forum dan preview beberapa jurnal ilmiah untuk pembuktian / kesahihan. Juga berkongsi cerita dengan mereka yg. rapat termasuk yang mengalaminya sendiri. Ada kerelevanannya disitu. Di hospital mana pun, ramai medical practitioner ada berpesan perkara yang sama. This sharing could trigger us to a wider topic but let us just take O&G cases as our focal point to highlight. Gentlemen nak tumpang baca for knowledge boleh jer. Some people might found this is an intimate thing to discuss in public, but for those who embrace knowledge will find this is alarming, interesting and worth sharing indeed.

CYST (ovarian) – Individu yang ada sejarah atau sedang mempunyai cyst / fibroid / endometriosis / sebarang jenis ketumbuhan rahim tidak digalakkan makan ikan haruan, pati ikan haruan dan jus gamat. Ia sebenarnya membantu ‘menyuburkan’ rahim & berisiko untuk ‘tumbuh’ semula ‘akarnya’ yang telah si doktor bedah buang adalah tinggi. Termasuklah makanan2 lain yg. dikategorikan menyebabkan pembentukan semula cyst spt soya, soy protein based food/drinks, ikan keli, red meat, collagen, dll sumber makanan yang membantu merangsang paras hormon estrogen. Further list boleh google. Secara umumnya, semua wanita mempunyai cyst cuma saiznya kecil atau besar (1cm – 25cm / lebih) & mengecil kecut hilang apabila tiba waktunya iaitu selepas minggu pengovulan ATAU terus membesar dan membesar kembang (abnormal growth) sehinggalah berlaku simptom-simptom jelas terjadi spt lower abdominal pain, cramp, frequent urinate, abnormal discharge, headache, dizziness, back pain, put on weight, pouch stomach, pain during intercourse dll. Worst case scenario apabila berlaku excess bleeding akibat cyst telah pecah atau intense lower abdominal pain akibat tisu penyambung cyst mengalami relapsed / twisted (tergeliat). Cyst juga ada beberapa jenis content dalamnya samada body fluid, body tissue (rambut, kuku, gigi dll) atau gumpalan darah. Further info, pls google.

DHESION COLIC – Statistik hasil kajian perubatan ada membuktikan bahawa wanita yang bersalin secara caesarean ni paling berisiko tinggi untuk dapat ‘adhesion colic’ JIKA mengamalkan pati haruan atau gamat. ‘Adhesion colic’ ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman. Rahim (uterus) wanita yang mengandung, lalu bersalin (caesarean) lazimnya mengembang membawa kandungan bayi. Selepas bersalin, pastinya rahim itu akan melalui proses penguncupan ke saiz asal dalam tempoh masa semulajadinya sendiri. Dalam proses penguncupan itulah, ramai wanita consume haruan/gamat terlalu awal melangkaui healing process pada luka akibat dibedah kerana ingin sembuh dalam masa singkat. Banyak terjadi kes-kes readmitted ward adalah di kalangan mereka yang asalnya dulu pernah czer tapi ada masalah lain pula utk dioperate semula spt dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Yang paling sedih apabila terdapat pesakit yg rahimnya terpaksa dibuang pada usia muda 30 thn sbb rahim rosak teruk. Rosak teruk tu bermaksud dlm tu melekat-lekat antara isi dan dinding sampai bersilang-silang. Ada juga yang masih boleh mengandung walaupun dalam keadaan rahim melekat-lekat, tetapi menghadapi komplikasi lain kerana rahim telah hilang sifat elastiknya. Setelah disoal rata-rata mereka mengamalkan minum pati haruan/gamat. Mostly doctor berpesan nak ambil boleh tapi selepas 30 hari dan ke atas itu pun dlm kuantiti sederhana. Nak makan masakan ikan haruan dalam berpantang juga boleh, juga kuantiti sederhana. Cuma PATI ikan haruan je yang tidak digalakkan ambil kerana kandungan haruannya yang pekat (concentrated) itu yang boleh menyebabkan adhesion.

Orang yang mengalami adhesion colic ni akan rasa sakit perut (cramp-like pain) disebabkan kelekatan yang berlaku melibatkan saraf. Simptomnya, perut akan rasa kembung disebabkan oleh small bowel obstruction, rasa loya atau muntah, tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat (intestinal obstruction), jika lebih kritikal najis akan terkeluar dari mulut. Dan yang paling serius jika usus pecah (perforation). Ada juga pesakit yang mengalami semua symptom tersebut diatas secara serentak – muntah, kesakitan dan abdomen menjadi kembung berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri mengalami usus tersumbat tanpa disedari. Dalam kes ini usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya, sehinggakan gas dan makanan tidak boleh bergerak langsung. Ini sudah dikira sebagai musibah kecemasan yang perlu dibawa ke hospital segera dan kemungkinan memerlukan pembedahan segera. Jika tidak, usus boleh pecah atau necrosis dan membusuk di dalam abdomen. Ramai yang terpaksa dihantar ke Jabatan Kecemasan kerana kesakitan yang tidak tertanggung. Setelah didiagnosakan sebagai adhesion colic, doktor akan memberikan suntikan penahan sakit yang agak kuat kesannya spt tramadol, morphine atau pethedine. To those who are still unsure or under suspected as adhesion colic, it is best to perform a complete check up combination of ultrasound, ct scan and abdominoscopy (scop) to help diagnose the problem faster. Walaubagaimanapun, punca terjadinya adhesion colic ini bukanlah akibat mengamalkan pati haruan / gamat semata-mata. Terdapat juga faktor lain spt kesan / komplikasi akibat pembedahan organ dalaman terdahulu. Contohnya pembedahan appendicectomy (buang appendix). Masalah yang timbul berlaku apabila tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang luka. Ia adalah proses di luar kawalan. Tiada siapa yang dapat mengawal dan menghalangnya. Sama ada pesakit atau doktor, sama-sama mengharapkan penyembuhan luka berlaku secara natural dan sederhana. Dalam proses penyembuhan (healing proses) yang normal, parut (scar) terbentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau ‘mencekik’. Ini mengakibatkan makanan dan gas tidak dapat bergerak melalui usus itu. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut lalu menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut ini juga akan menyebabkan usus akan melekat sesama sendiri. Kedua-dua keadaan ini juga menyebabkan kesakitan turut dinamakan sebagai Adhesion Colic.

CANCER – Penghujung Ogos 2014 aku dirujuk & seterusnya dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah, A.Setar dengan kadar segera bagi tujuan pembedahan atas sebab cyst berbentuk elongated & bersaiz 14cm x 8cm x 6cm. Sepanjang pengalaman pertama disitu, alhamdulillah servis rawatan, layanan staf, facilities, kebersihan hygienic nya tip top, prosedur surgery bagus, queuing utk op pun cepat, food sedap dan overall berpuas hati. Pada mulanya mmg aku agak skeptikal bila fikir tentang GH. It was as best as a private medical center, for me. Sakitku ini kerana Dia ingin uji kita tapi sebenarnya dalam masa yg sama, Dia sayang juga pada hambaNya ini kerana semua urusan di hospital dipermudahkanNya. Selama 4 hari pertama aku ‘berpeluang’ sekejap spent masa dalam wad kelas 3, jenis 4 bedded utk sementara waktu sebelum transfer ke room single bedded (GL entitlement) memandangkan full (waiting list). Di situ dan ketika itulah aku dapat berkenalan dan berbual ramah dengan neighbour bed depan & bed sebelah. Kedua-duanya pesakit cancer rupanya. Selama ni sekadar dengar kisah dari jauh saja. Dapat berkongsi kisah mereka, bagaimana mula-mula di diagnosed cancer, pengalaman awal, cara rawatan kemoterapi dan cara pemakanan mereka. Sesungguhnya mereka sangat tabah, nampak tenang seolah sakit biasa tapi siapa sangka. Bed depan makcik age 66, kanser usus sejak 2011 tahap 3 dari Yan, Kedah sudah regular patient disitu berulang alik untuk jalani kemo. Turn beliau buat kemo, adalah keesokan harinya. Bed tepi is a 40’s lady non-muslim, menghidap cervical cancer tahap 4 baru selesai kemo. Berlaku kejadian yg agak ngeri sebelum beliau ditukar ke bed berdepan kaunter bagi tujuan pantauan dan keselamatan. Antara makanan yang menjadi pantang larang mereka adalah ikan haruan, gamat, soya, tempe, tauhu, susu, daging lembu/kambing, sayur kacang beberapa jenis ikan lagi dll yg xdpt diingat. Memang agak ada persamaan dengan pantang makanan penghidap cyst rupa-rupanya! Kata makcik tu, haruan, gamat dan soya memang no. 1 mesti pantang. Makanan tu semua ibarat ‘baja’ untuk penghidap cancer katanya. Beliau pernah jamah 2-3 ketul tempe goreng sambal (favouritenya), selang beberapa jam sudah berbisa perut memulas (usus terasa bisa). Bab rawatan kemo pula, perlu dibuat di luar bilik itu di satu section khas semua pesakit kanser dikumpulkan setempat. Katanya kerana ubat untuk tujuan kemo itu beracun tinggi, hazardous dan bahaya. Dari segi handling oleh para nurse dan doctor perlu memakai complete gear. Oleh kerana sebab itulah tahap rambut gugur, gigi, tulang cepat rapuh dan benih ovum wanita / sperm lelaki akan mati, katanya. Tambah makcik tu lagi, wad 4A ni adalah wad di mana semua penghidap kanser ditempatkan. Selainnya adalah kes-kes ketumbuhan tumor, nanah dan ketumbuhan O&G dimana aku tidak terkecuali.

Rumusannya, ikan haruan (terutama sekali pati) dan jus gamat, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri persamaan dari segi mekanisme tindakannya dan nutrisi semulajadinya. Bertindak sebagai picu yang merangsang tumbesaran dan pembiakan sel-sel secara aktif, Justeru pengambilan yg kerap amat memudaratkan manusia dimana sel-sel cenderung menjadi abnormal growth yang mencetuskan kejadian ketumbuhan rahim, over-respond of wound healing (perlekatan tisu organ dalaman) dan juga pembiakan sel tumor/malignant/kanser. Maka tidak semua orang sesuai mengamalkannya. Dan jika diamalkan pun, perlu bersederhana dan sesuai keadaan waktunya (timing).

Setiap orang Allah uji dengan ujian yang berbeza. Ada yang Allah uji dengan hilang upaya, ada diuji dengan penyakit yang sukar disembuhkan, ada juga yang diuji dengan kematian. Ia bergantung kepada individu. Sukar ditentukan siapakah yang akan mengalami masalah, siapakah yang mudah sembuh selepas pembedahan & siapakah pula yang dijemput menemui sang Penciptanya. Sesungguhnya, sakit itu rahmat. Bukti kekuasaanNya.

SUMBER : FACEBOOK RIZLEEN RAMLAN 




No comments:

Post a Comment