Larangan Melakukan Rawatan Bekam Pada Hari Rabu
Hadisnya...
Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu’anhuma, Rasulullah S.A.W bersabda : "Rawatan
bekam dilakukan dalam keadaan perut kosong adalah yang paling ideal, di mana ia
akan menambah kecerdasan otak dan menambah ketajaman menghafal. Ia akan
menambah seorang penghafal menjadi lebih mudah menghafal.
Oleh karana itu, barang siapa hendak berbekam, maka sebaik-baik dia
melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam
pada hari Jumaat dan hari Sabtu serta hari Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin
dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu, karana hari Rabu merupakan hari
dimana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan
lepra, kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu.” (Shahih Sunan Ibni Majah,
(II/261), karya Imam al Albani).
Namun, Hadis riwayat Ibnu Majah merupakan hadis yang lemah (dilemahkan oleh
Syaikh Albani, salah seorang pakar hadis kenamaan). Buktinya, Rasulullah
sendiri melakukan rawatan bekam tidak menunggu hari yang baik, namun ketika
perlu berbekam, beliau dibekam.
Kesimpulan: Rawatan bekam atau berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana
tiada dalil/nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.
Semoga bermanfaat.