Wednesday, March 25, 2015

Hadits Bekam ~Bekam Sufi~



Pesanan Para Malaikat kepada Baginda ‪#‎Rasulullah‬ S.A.W ...
Bekam lah anda untuk tujuan Sunnah dan Menghindari dari penyakit Kronik Zahir dan Ghaib... In Shaa Allah..


Call @ Sms / WhatsApp ke:~

017 3128036 Hadzmil BS

011 26239366  Zakiah BS

Monday, March 23, 2015

~~~ Theraphy Bekam dan ‪#‎Athlete‬ Perenang Olympic ~~~

   Kebelakangan ini kita sedia maklum akan Theraphy ‪#‎Bekam‬ semakin popular di kalangan individu yang mencari penawar untuk symptom penyakit mereka sebagai Ikhtiar utama supaya dapat mengelakan dari pengambilan Dadah yang berbahaya.
Bekam juga kini semakin Popular dikalangan Athlete-Athlete yang mahukan Prestasi mereka sentiasa Tip-Top dengan Perfomance yang mantap, seperti athlete badminton, bola sepak, pelumba lari danterutamanya bagi athlete-athlete Perenang.
Mengapa athlete Perenang memilih Bekam? bukan hanya sebagai untuk meningkatkan perfomance tetapi untuk membuang Toksin didalam badan mereka. Ini kerana Bahan kimia yang digunakan dalam kolam yang althlete ini berlatih dan Bertanding untuk beberapa jam setiap hari adalah sangat toksik. Bekam menarik toksin keluar dari tubuh. sekiranya tidak ia boleh mengakibatkan genangan, keracunan darah, sakit dan gangguan fungsi badan. Banyak althletes Perenang bergantung kepada bekam secara consistent untuk membuang toksin dalam badan dan meningkatkan prestasi mereka.
Jadi Amalkanlah Bekam dengan jadual yang consistent untuk menghindarkan kita dari pelbagai symptom sakit yang kronik dengan izin Allah swt..



Promosi Ulangtahun BS Bekam RM30 / 20 CUPS

Assalamualaikum kepada setiap Muslimin dan Muslimat yang saya hormati lagi dikasihi Allah swt...
Alhamdulillah Syukur kepada Allah swt diatas Ni'mat dan Kurniaanya, sempena Ulang tahun pada tahun ini saya ingin memberi kepada mereka yang ingin mendapatkan servis ‪#‎Bekam‬ pada hari ini (Isnin 23/3) dan Esok (Selasa 24/3) Promosi Bekam untuk lelaki iaini bekam pada hanya RM30 seindividu (Lelaki sahaja) bersamaan 20 Cups.
Slot Kosong untuk ‪#‎BekamPromosi‬ RM30 / 20 Cups (Lastday & Utk Lelaki Sahaja) Hari ini Selasa 24/3/15 :~
Masa PAX
Pagi : Penuh
2:30 P.m : Lelaki 2 Individu
5:00 P.m : Lelaki 2 Individu
Malam : Penuh
Sebarang appoinment Call @ Sms/ WhatsApp ke:~
017 312 8036 Hadzmil BS


Friday, March 13, 2015

Bekam Wajah ~ Bekam Sufi ~

Seorang individu wanita dengam masalah mata datang mendapatkan‪#‎BekamWajah‬ untuk masalah matanya,.. sedutan kedua pun darah masih banyak dan Alhamdulillah individu tersebut beritahu mata lega betul dan tidak berair serta cerah pengelihatanya... Semuanya dengan izin Allah s.w.t ...
Nak Bekam?.. Call atau Sms/WhatsApp ke:~
017 312 8036 Hadzmil
011 26239366 Zakiah

Membekam Ummu Mughtis (Puncak Kepala)

Alang-alang Sambil membayar NazarNya, Capt Hafizi ‪#‎Bekam‬ sekali Ummu Mughtis nya untuk menguatkan memori, menghilangkan migrain, Hypertension, Vertigo, Insonmia dan Stroke Prevention.. Mudahan dengan Izin Allah dapat melegakan symptomnya sehingga Next Clean Shave beliau lagi..
Nak Bekam? Call atau Sms/WhatsApp ke:~
017 312 8036 Hadzmil
011 26239366 Zakiah

Hypertension & Bekam ~ Bekam Sufi

Statistik Penghidap Darah Tinggi (Hypertension) di Malaysia kini 32.7%, boleh dikatakan tinggi risikonya untuk kita menjadi salah seorang penyumbang % ini sekiranya kita menjalani kehidupan seharian yang kurang seimbang dari segi Pemakanan (Diet), Senaman / Bersukan, Gaya hidup dan environment (Stress level) selain dari Faktor genetics/Keturunan.
Langkah-langkah yang bagus untuk kita menghindari dari symptom ini dengan mengubah cara 'Lifestyle' kita seharian menjadi lebih teratur (Diet bagus, Senaman, Berhenti tabiat mudarat dan Beristighfar serta BerSyukur untuk elak Stress) dan mulakan amalan ‪#‎Naturopathy untuk menghindar symptom penyakit2 kronik.
Mengamalkan #‎Bekam‬ Juga dapat membantu menghindari ATAU me-Neutral kan semula Hypertension sekiranya diamalkan mengikut jadual Theraphy dengan sempurna In Shaa Allah.. Ramai yang sudah mencuba sendiri rawatan KUNO ini dan Alhamdulillah, berpuas hati dengan keputusan selepas berbekam.
Anda nak Bekam?... Call atau Sms/ whatsApp ke:~
017 312 8036 Hadzmil
011 26239366 Zakiah

Tuesday, March 10, 2015

Remedi Hilangkan Batu Karang

Cara menghilangkan ‪#‎BatuKarang‬ dengan Cara Remedi semulajadi.
Batu atau pasir di dalam pundi hempedu atau buah pinggang adalah masalah biasa dalam gaya hidup moden ini. Punca-punca utama masalah ini adalah disebabkan dari pemakanan dan air. Dalam usaha untuk cuba mengelakkan kaedah perubatan konvensional, Pakar ‪#‎Naturopathy‬menjumpai satu resipi yang terbukti popular untuk mencairkan dan juga dengan secara semula jadi buah pinggang akan me-'Ejectkan' batu dari badan anda (melalui urinating).


Bahan-Bahan diperlukan:~
250 g parsley root
250 g Madu
0.25 l extra virgin olive oil,
250 g Gula Halus/ serbuk,
250 g buah lemon dengan Kulitnya
Cara penyediaanNya:
Pertama cuci bersih limau dengan teliti dan bersih daripada bahan kimia. Selepas anda membersihkan lemon, potong kepada empat bahagian dan mengisar dalam pengisar. Ulang langkah yang sama dengan pasli root. Campurkan kesemuanya dengan baik dan kemudian tambah gula, madu dan minyak zaitun. Campurkan bahan-bahan sehingga jisim sepenuhnya sebati.
Untuk masalah dengan pundi hempedu dan batu Karang adalah perlu untuk mengambil satu sudu besar Remedi pertama pada waktu pagi semasa perut kosong dan pada waktu malam sebelum tidur. Remedi hendaklah disimpan di dalam peti sejuk sentiasa. Untuk menyelesaikan kebanyakan masalah dengan batu atau pasir di dalam buah pinggang dan hempedu anda perlu minum dua sudu teh campuran di atas. Campuran ini sangat berkesan dan telah diuji dan dirumus bagi tujuan melarutkan batu karang.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa anda perlu minum air yang banyak semasa menggunakan Remedi / terapi untuk mudah membuang sisa air kecil.
Semoga Bermanafaat untuk anda.


Monday, March 9, 2015

Bekam Pada Hari Rabu... Boleh atau Tidak?

Larangan Melakukan Rawatan Bekam Pada Hari Rabu
Hadisnya...

Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu’anhuma, Rasulullah S.A.W bersabda : "Rawatan bekam dilakukan dalam keadaan perut kosong adalah yang paling ideal, di mana ia akan menambah kecerdasan otak dan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menambah seorang penghafal menjadi lebih mudah menghafal.

Oleh karana itu, barang siapa hendak berbekam, maka sebaik-baik dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan hari Sabtu serta hari Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu, karana hari Rabu merupakan hari dimana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra, kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu.” (Shahih Sunan Ibni Majah, (II/261), karya Imam al Albani).

Namun, Hadis riwayat Ibnu Majah merupakan hadis yang lemah (dilemahkan oleh Syaikh Albani, salah seorang pakar hadis kenamaan). Buktinya, Rasulullah sendiri melakukan rawatan bekam tidak menunggu hari yang baik, namun ketika perlu berbekam, beliau dibekam.

Kesimpulan:
 Rawatan bekam atau berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana tiada dalil/nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.

Semoga bermanfaat.


Ikan Haruan & Gamat

BAHAYA IKAN HARUAN & GAMAT

CERITA IKAN HARUAN & GAMAT 

Hari ini nak kongsi atas permintaan seorang hamba Allah yg minta aku post di wall untuk dibacanya. Beliau mengalami masalah kesihatan dalaman yang berkemungkinan besar akan menjalani operation kali yg ke-7. Sedang ikhtiar mencari penawar & rawatan alternatif selain dr operation. Himpunan info ini terhasil dari bacaan, bertanya, kumpul dan aku alami sendiri sejak kebelakangan ini. Mana tahu boleh mencambah minda / berkongsi pendapat & pengalaman. Mungkin juga di luar sana masih ramai wanita yg tak tahu. Sharing is caring. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin 1, 2, 10 atau banyak lagi hikmah tersembunyi disebalik satu-satu kejadian yang menimpa diri kita. Jika tidak kerana operation ni juga, mungkin aku tidak menimba ilmu pengetahuan baru berkaitan TIGA penyakit di bawah – CYST, ADHESION COLIC & CANCER. Apa perkaitannya dengan ikan haruan ataupun gamat. Bunyi macam biasa saja. Iyalah ramai betul orang pesan jika nak luka cepat sembuh makanlah ikan haruan, pati ikan haruan ataupun jus gamat (apa jua brand). Betul tak? Sejauh mana bagus khasiatnya?

Menurut kisah benar dari seorang sahabat yg berjiran & berbual panjang dengan seorang doktor gyane. Katanya sudah banyak medical research & journals diterbitkan hasil daripada kajian serta statistik menunjukkan majoriti kes terjadi di kalangan orang melayu / Malaysia akibat consume ikan haruan/pati haruan hasil didikan nenek moyang kita. Sukar untuk percaya, lalu aku buat carian internet. Bacaan demi bacaan melalui blog-blog peribadi bekas pesakit, blog-blog doktor perubatan, forum dan preview beberapa jurnal ilmiah untuk pembuktian / kesahihan. Juga berkongsi cerita dengan mereka yg. rapat termasuk yang mengalaminya sendiri. Ada kerelevanannya disitu. Di hospital mana pun, ramai medical practitioner ada berpesan perkara yang sama. This sharing could trigger us to a wider topic but let us just take O&G cases as our focal point to highlight. Gentlemen nak tumpang baca for knowledge boleh jer. Some people might found this is an intimate thing to discuss in public, but for those who embrace knowledge will find this is alarming, interesting and worth sharing indeed.

CYST (ovarian) – Individu yang ada sejarah atau sedang mempunyai cyst / fibroid / endometriosis / sebarang jenis ketumbuhan rahim tidak digalakkan makan ikan haruan, pati ikan haruan dan jus gamat. Ia sebenarnya membantu ‘menyuburkan’ rahim & berisiko untuk ‘tumbuh’ semula ‘akarnya’ yang telah si doktor bedah buang adalah tinggi. Termasuklah makanan2 lain yg. dikategorikan menyebabkan pembentukan semula cyst spt soya, soy protein based food/drinks, ikan keli, red meat, collagen, dll sumber makanan yang membantu merangsang paras hormon estrogen. Further list boleh google. Secara umumnya, semua wanita mempunyai cyst cuma saiznya kecil atau besar (1cm – 25cm / lebih) & mengecil kecut hilang apabila tiba waktunya iaitu selepas minggu pengovulan ATAU terus membesar dan membesar kembang (abnormal growth) sehinggalah berlaku simptom-simptom jelas terjadi spt lower abdominal pain, cramp, frequent urinate, abnormal discharge, headache, dizziness, back pain, put on weight, pouch stomach, pain during intercourse dll. Worst case scenario apabila berlaku excess bleeding akibat cyst telah pecah atau intense lower abdominal pain akibat tisu penyambung cyst mengalami relapsed / twisted (tergeliat). Cyst juga ada beberapa jenis content dalamnya samada body fluid, body tissue (rambut, kuku, gigi dll) atau gumpalan darah. Further info, pls google.

DHESION COLIC – Statistik hasil kajian perubatan ada membuktikan bahawa wanita yang bersalin secara caesarean ni paling berisiko tinggi untuk dapat ‘adhesion colic’ JIKA mengamalkan pati haruan atau gamat. ‘Adhesion colic’ ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman. Rahim (uterus) wanita yang mengandung, lalu bersalin (caesarean) lazimnya mengembang membawa kandungan bayi. Selepas bersalin, pastinya rahim itu akan melalui proses penguncupan ke saiz asal dalam tempoh masa semulajadinya sendiri. Dalam proses penguncupan itulah, ramai wanita consume haruan/gamat terlalu awal melangkaui healing process pada luka akibat dibedah kerana ingin sembuh dalam masa singkat. Banyak terjadi kes-kes readmitted ward adalah di kalangan mereka yang asalnya dulu pernah czer tapi ada masalah lain pula utk dioperate semula spt dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Yang paling sedih apabila terdapat pesakit yg rahimnya terpaksa dibuang pada usia muda 30 thn sbb rahim rosak teruk. Rosak teruk tu bermaksud dlm tu melekat-lekat antara isi dan dinding sampai bersilang-silang. Ada juga yang masih boleh mengandung walaupun dalam keadaan rahim melekat-lekat, tetapi menghadapi komplikasi lain kerana rahim telah hilang sifat elastiknya. Setelah disoal rata-rata mereka mengamalkan minum pati haruan/gamat. Mostly doctor berpesan nak ambil boleh tapi selepas 30 hari dan ke atas itu pun dlm kuantiti sederhana. Nak makan masakan ikan haruan dalam berpantang juga boleh, juga kuantiti sederhana. Cuma PATI ikan haruan je yang tidak digalakkan ambil kerana kandungan haruannya yang pekat (concentrated) itu yang boleh menyebabkan adhesion.

Orang yang mengalami adhesion colic ni akan rasa sakit perut (cramp-like pain) disebabkan kelekatan yang berlaku melibatkan saraf. Simptomnya, perut akan rasa kembung disebabkan oleh small bowel obstruction, rasa loya atau muntah, tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat (intestinal obstruction), jika lebih kritikal najis akan terkeluar dari mulut. Dan yang paling serius jika usus pecah (perforation). Ada juga pesakit yang mengalami semua symptom tersebut diatas secara serentak – muntah, kesakitan dan abdomen menjadi kembung berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri mengalami usus tersumbat tanpa disedari. Dalam kes ini usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya, sehinggakan gas dan makanan tidak boleh bergerak langsung. Ini sudah dikira sebagai musibah kecemasan yang perlu dibawa ke hospital segera dan kemungkinan memerlukan pembedahan segera. Jika tidak, usus boleh pecah atau necrosis dan membusuk di dalam abdomen. Ramai yang terpaksa dihantar ke Jabatan Kecemasan kerana kesakitan yang tidak tertanggung. Setelah didiagnosakan sebagai adhesion colic, doktor akan memberikan suntikan penahan sakit yang agak kuat kesannya spt tramadol, morphine atau pethedine. To those who are still unsure or under suspected as adhesion colic, it is best to perform a complete check up combination of ultrasound, ct scan and abdominoscopy (scop) to help diagnose the problem faster. Walaubagaimanapun, punca terjadinya adhesion colic ini bukanlah akibat mengamalkan pati haruan / gamat semata-mata. Terdapat juga faktor lain spt kesan / komplikasi akibat pembedahan organ dalaman terdahulu. Contohnya pembedahan appendicectomy (buang appendix). Masalah yang timbul berlaku apabila tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang luka. Ia adalah proses di luar kawalan. Tiada siapa yang dapat mengawal dan menghalangnya. Sama ada pesakit atau doktor, sama-sama mengharapkan penyembuhan luka berlaku secara natural dan sederhana. Dalam proses penyembuhan (healing proses) yang normal, parut (scar) terbentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau ‘mencekik’. Ini mengakibatkan makanan dan gas tidak dapat bergerak melalui usus itu. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut lalu menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut ini juga akan menyebabkan usus akan melekat sesama sendiri. Kedua-dua keadaan ini juga menyebabkan kesakitan turut dinamakan sebagai Adhesion Colic.

CANCER – Penghujung Ogos 2014 aku dirujuk & seterusnya dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah, A.Setar dengan kadar segera bagi tujuan pembedahan atas sebab cyst berbentuk elongated & bersaiz 14cm x 8cm x 6cm. Sepanjang pengalaman pertama disitu, alhamdulillah servis rawatan, layanan staf, facilities, kebersihan hygienic nya tip top, prosedur surgery bagus, queuing utk op pun cepat, food sedap dan overall berpuas hati. Pada mulanya mmg aku agak skeptikal bila fikir tentang GH. It was as best as a private medical center, for me. Sakitku ini kerana Dia ingin uji kita tapi sebenarnya dalam masa yg sama, Dia sayang juga pada hambaNya ini kerana semua urusan di hospital dipermudahkanNya. Selama 4 hari pertama aku ‘berpeluang’ sekejap spent masa dalam wad kelas 3, jenis 4 bedded utk sementara waktu sebelum transfer ke room single bedded (GL entitlement) memandangkan full (waiting list). Di situ dan ketika itulah aku dapat berkenalan dan berbual ramah dengan neighbour bed depan & bed sebelah. Kedua-duanya pesakit cancer rupanya. Selama ni sekadar dengar kisah dari jauh saja. Dapat berkongsi kisah mereka, bagaimana mula-mula di diagnosed cancer, pengalaman awal, cara rawatan kemoterapi dan cara pemakanan mereka. Sesungguhnya mereka sangat tabah, nampak tenang seolah sakit biasa tapi siapa sangka. Bed depan makcik age 66, kanser usus sejak 2011 tahap 3 dari Yan, Kedah sudah regular patient disitu berulang alik untuk jalani kemo. Turn beliau buat kemo, adalah keesokan harinya. Bed tepi is a 40’s lady non-muslim, menghidap cervical cancer tahap 4 baru selesai kemo. Berlaku kejadian yg agak ngeri sebelum beliau ditukar ke bed berdepan kaunter bagi tujuan pantauan dan keselamatan. Antara makanan yang menjadi pantang larang mereka adalah ikan haruan, gamat, soya, tempe, tauhu, susu, daging lembu/kambing, sayur kacang beberapa jenis ikan lagi dll yg xdpt diingat. Memang agak ada persamaan dengan pantang makanan penghidap cyst rupa-rupanya! Kata makcik tu, haruan, gamat dan soya memang no. 1 mesti pantang. Makanan tu semua ibarat ‘baja’ untuk penghidap cancer katanya. Beliau pernah jamah 2-3 ketul tempe goreng sambal (favouritenya), selang beberapa jam sudah berbisa perut memulas (usus terasa bisa). Bab rawatan kemo pula, perlu dibuat di luar bilik itu di satu section khas semua pesakit kanser dikumpulkan setempat. Katanya kerana ubat untuk tujuan kemo itu beracun tinggi, hazardous dan bahaya. Dari segi handling oleh para nurse dan doctor perlu memakai complete gear. Oleh kerana sebab itulah tahap rambut gugur, gigi, tulang cepat rapuh dan benih ovum wanita / sperm lelaki akan mati, katanya. Tambah makcik tu lagi, wad 4A ni adalah wad di mana semua penghidap kanser ditempatkan. Selainnya adalah kes-kes ketumbuhan tumor, nanah dan ketumbuhan O&G dimana aku tidak terkecuali.

Rumusannya, ikan haruan (terutama sekali pati) dan jus gamat, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri persamaan dari segi mekanisme tindakannya dan nutrisi semulajadinya. Bertindak sebagai picu yang merangsang tumbesaran dan pembiakan sel-sel secara aktif, Justeru pengambilan yg kerap amat memudaratkan manusia dimana sel-sel cenderung menjadi abnormal growth yang mencetuskan kejadian ketumbuhan rahim, over-respond of wound healing (perlekatan tisu organ dalaman) dan juga pembiakan sel tumor/malignant/kanser. Maka tidak semua orang sesuai mengamalkannya. Dan jika diamalkan pun, perlu bersederhana dan sesuai keadaan waktunya (timing).

Setiap orang Allah uji dengan ujian yang berbeza. Ada yang Allah uji dengan hilang upaya, ada diuji dengan penyakit yang sukar disembuhkan, ada juga yang diuji dengan kematian. Ia bergantung kepada individu. Sukar ditentukan siapakah yang akan mengalami masalah, siapakah yang mudah sembuh selepas pembedahan & siapakah pula yang dijemput menemui sang Penciptanya. Sesungguhnya, sakit itu rahmat. Bukti kekuasaanNya.

SUMBER : FACEBOOK RIZLEEN RAMLAN 




Wednesday, March 4, 2015

Tarikh Afdhal Bekam Bulan MAC 2015 / Jamadil Awwal

Tarikh Afdhal berbekam hampir tiba untuk Bulan Jamadil Awwal (bermula selepas maghrib pada 7 Mac)
8 Mac 15 = Ahad 17 Jamadil Awwal
10 Mac 15 = Selasa 19 Jamadil Awwal
21 february = Khamis 21 Jamadil Awwal
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21, maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)
Pada waktu ini bulan tengah mengambang penuh dan graviti tengah kuat yang menyebabkan darah kotor berkumpul.
Call/ sms/ WhatssApp ke:~
017 3128036 Hadzmil / 011 26239366 Zakiah.
‪#‎BekamSufi‬ ‪#‎BekamPutrajaya‬ ‪#‎BekamSunnah‬




Elakan Penyakit Jantung dengan Bekam

"Prevention is always better then to find Cure of to be Treated" ...
Jom ‪#‎Bekam‬ untuk mengelakan Pelbagai Symptom Penyakit2 Kronik dengan Izin Allah. In Shaa Allah ..
Pusat Rawatan ‪#‎BekamSufi‬ ‪#‎Putrajaya‬ akan bermula Operasi seperti Biasa pada 05/03/15 dan bersedia untuk mengambil Appointment baru.
Nak Bekam?.. Booked melalui talian:~
017 312 8036 Hadzmil / 01126239366 Zakiah
P/S:~ Elakan kerja terlebih masa ya terutama semasa cuaca Panas ni..


Wednesday, February 25, 2015

Bekam Sufi Tour- JB

Assalamualaikum Kepada Semua Muslimin & Muslimat yang dikasihi Allah dan yang saya Hormati..

Untuk Pengumuman yang pertama, dengan dukacita untuk menyampaikan maklumat kepada semua, Pusat Rawatan Bekam Sufi Putrajaya tidak akan beroperasi pada 27/02/15 Jumaat - 01/03/15 Ahad untuk Menjalankan#TourBekamJB2015 & Dengan ini kami Sukacita memaklumkan kepada warga #JB & #Singapore akan ketibaan kami di sana.

Call/sms/wahtssapp ke:
0173128036 Hadzmil
01126239366 Zakiah

Jom Warga JB dan Singapore #Bekam..
#BekamSufiTour #BekamSufi



Tuesday, February 24, 2015

Soalan Frequent mengenai #Bekam

Soalan Frequent mengenai #Bekam
1.Sakit tak berbekam?
Kadar kesakitan pada kulit jika diberi pada bacaan skala 1 hingga 10, kesakitan waktu bekam hanya pada skala 1/10 dan kurang mengikut kaedah yang betul.

2. Benjolan bekas bekam. Berapa lama benjolan bekam kawasan dibekam hilang?
Benjolan bekas bekam hanya berlangsung selama beberapa jam selepas bekam. Benjolan itu disebabkan oleh proses sedutan atau vakum yang berlaku atas kulit sewaktu proses bekam berlangsung.

3. Bekas bekam. Berapa lama bekas bulat cawan bekam hilang pada badan?
Bekas bekam pada badan (bukan benjolan) seperti bulat bekas cawan bekam mengambil masa 3 hari hingga 7 hari untuk ia hilang. Ada tubuh yang tidak meninggalkan bekas selepas bekam. Juga bergantung kepada teknik yang digunakan.

4. Ada berapa jenis cara melukakan kulit?
Kami mempunyai 2 kaedah melukakan kulit. Jarum lancet dan juga pisau. Jarum lancet seperti penggunaan mengambil darah untuk Gluco check. Pisau pula menggunakan Surgical Blade seperti yang digunakan di dewan bedah.

5. Manakah yang paling tidak sakit dan tidak gerun antara lancet dan pisau?
Pengalaman sendiri dan pengalaman pengunjung mengatakan pisau lebih digeruni, tapi kadar kesakitan menurun. Berbanding penggunaan lancet, walaupun tidak digeruni, tapi tahap kesakitan lebih tinggi dari penggunaan pisau. Namun kesakitan hanya skala 1:10.

6. Adakah bekam ini selamat?
Dari sudut alatan yang digunakan, disteril 100% ataupun alatan pakai buang. Jadi ia selamat secara teori dan praktikal. Lagipula, bekam hanya kaedah luaran tanpa sebarang ubatan dimasukkan ke dalam tubuh. Begitu juga dengan ruang udara yang tertutup dan steril. Tiada risiko jangkitan melalui udara.

7. Apakah yang perlu sebelum berbekam?
Sebelum berbekam, larangan untuk melakukan bekam sewaktu perut penuh jelas untuk tidak mengganggu proses penghadaman. Seeloknya 2 jam sebelum bekam, elak makanan yang berat dan kenyang.

8. Siapakah yang tidak boleh menjalani bekam?
Wanita di awal datang bulan (haid), orang yang terlalu uzur, wanita mengandung, penyakit kulit yang serius, dan fizikal yang terlalu lemah.

9. Bagaimana melupus sisa darah bekam?
Disunatkan untuk menanam darah bekam. Atau kami melupuskan dengan menghantar ke pusat yang bertanggungjawab melupuskan bahan sisa klinikal yang diguna oleh KKM.

10. Bolehkah saya mengetahui apa kandungan darah bekam yang keluar?
Boleh dengan menghantar sendiri ke makmal untuk ujian darah. Kami tidak menyediakan perkhidmatan itu.

11. Adakah dengan bekam boleh mengubati semua sakit?
Bekam merupakan kaedah yang boleh manusia sebagai hamba Allah pilih sebagai sebuah ikhtiar, lebih lagi ia merupakan salah satu kaedah yang Nabi saw gunakan. Nabi juga menganjurkan meminum madu. Bekam dan pendidikan tentang penjagaan kesihatan perlu sebagai ikhtiar hamba. Allah yang sembuhkan.

12. Berapa kekerapan untuk mengamalkan bekam?
Sel darah mempunyai jangka hayat atau usia iaitu sepanjang 90 hingga 120 hari. Untuk penjagaan kesihatan yang optimum, amalan bekam sesuai dibuat sebulan sekali hingga 3/4 bulan sekali. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan pula, sepatutnya melakukan bekam 2 kali sebulan atau sebulan sekali secara berturutan selama 3 bulan.

13. Bekam tapi masih belum sembuh, mengapa?
Teorinya, bekam berupaya menyingkirkan sakit. Dengan kadar yang berbeza pada semua manusia, bergantung bagaimana sistem seseorang beroperasi. Adakala dos sudah cukup untuk rawatan sesuatu penyakit, adakala perlu untuk melakukan beberapa sesi.

14. Mengapa selepas bekam sakit datang atau sakit lain muncul?
Rawatan bersifat semulajadi tanpa kimia sangat berkesan kepada sistem. Maksudnya dengan bekam, sistem tubuh memberi respon atau tindakbalas kepada proses tersebut. Ia yang dipanggil sebagai 'krisis penyembuhan' atau dalam inggeris 'healing crisis'. Gejala-gejala kecil biasa muncul sebelum proses penyembuhan. Itu menunjukkan bekam sangat baik dan berkesan. Seperti demam campak, diberi minum air kelapa dan demam campak semakin hebat, kemudian surut dalam tempoh masa yang pantas.

15. Mengapa selepas bekam gatal-gatal pada tempat bekam ataupun seluruh tubuh?
Proses menyakitkan kulit 1:10 minumum akan merangsang hormon yang dikenal sebagai Histamine dirembes keluar. Hormon ini bersifat positif dan baik pada tubuh selain bersifat antibody namun pemilik tubuh akan merasa kegatalan pada tubuh dan ia bukan bersifat negatif. Rasa gatal pula tidak sama pada semua orang, ada yang sehari ada yang berhari-hari. Ia adalah respon yang baik.

16. Darah keluar tak banyak sewaktu bekam?
Bekam berbeza dengan derma darah. Darah bekam hanya berada pada hujung kapilari darah. Bekam juga bukan semata ingin mengeluarkan darah, bahkan untuk ransangan yang optimum pada titik organ dan meridian. Darah banyak atau sedikit bukan isunya.

17. Darah keluar banyak waktu bekam?
Bekam yang tepat dan betul hanya akan mengeluarkan darah yang mempunyai sel yang mati, cacat sahaja melainkan proses luka dilakukan agak dalam. Ia akan membawa keluar sama darah yang masih berfungsi pada tubuh. Namun, ia bukanlah suatu perkara yang berisiko tinggi melainkan kepada yang mempunyai Amnesia, kurang sel darah, tekanan darah rendah. Hanya akan melemahkan tubuh dalam tempoh yang singkat sebelum sel darah baru terbentuk.

18. Kongsi cawan bekam atau miliki cawan bekam personal lebih baik?
Pastinya memiliki set bekam peribadi lebih baik dan jelas dan yakin untuk tiada sebarang risiko INFEKSI berlaku semasa proses bekam berlangsung. Sangat digalakkan. Namun bahagian kami, memastikan pembersihan cup/cawan bekam dibersihkan menggunakan cairan NATRIUM HIPOKLORIT yang dapat mematikan:
VIRUS : Influenza A (H1N1), Influenza A2 (Flu Virus), Avian Influenza Type A (Bird flu Virus), SARS Virus, Coxsackie Virus (Hand, Foot and Mouth Disease Virus), Hepatitis A/B/C, Parainfluenza Virus Type 1, Rhinovirus Type 17 (Cold Virus), Rotavirus, Varicella Zoster Virus, Rubella Virus (German Measless Virus), HIV (AIDS Virus)
BAKTERIA : Staphylococcus aureus, Streptococcus pyogenes, Streptococcus pneumoniae, Salmonella choleraesuis, Escherichia coli 0157:H7 (E.Coli), Pseudomonas aeruginosa, Shigella dysenteriae, Methicillin resistant Staphylococcus aureus (MRSA)
FUNGUS/KULAT : Trichophyton mentagrophtes, Candida albicans, Aspergillus niger

19. Rawatan Traditional?
Bekam sebagai kaedah rawatan tradional, namun dipraktikkan dengan kemajuan industri pengubatan moden. Kaedah Bekam Klinikal dipraktis merangkumi Pelupusan Sisa Klinikal, Kawalan Infeksi, dan Rekod Pesakit dan juga penggunaan alatan Pakai-Buang yang lebih selamat dan Hygiene. Rawatan Tradisional Kaedah Moden (RTKM).

#BekamSufi #BekamPutrajaya #BekamSunnah



Monday, February 23, 2015

Pakej Bekam MAMPU BerBekam - Bekam Sufi Putrajaya





Pakej terkini #BekamSufi Di Pusat Rawatan #L2YB#Putrajaya Presint 15H :~

Harga SeCup Bekam RM6.00 Sahaja ( Angin + Darah + Cupping Massage)

Pakej Bekam Asas pada RM60.00 Nett seindividu untuk 20 cups Bekam (Cupping Massage + Bekam Angin + Bekam Darah ).

Pakej Bekam Padu pada RM90.00 Nett seindividu untuk 35 Cups Bekam (Cupping Massage + Bekam Angin + Bekam Darah ).

Pakej Bekam F& F Asas jatuh harga pada RM50.00 Nett seindividu!!.. Maklumat lanjut boleh Contact atau PM kami*

Pakej Bekam F&F Padu jatuh Pada RM80.00 Nett seindividu + Bonus 1 X sesi #Bekam percuma Bekam Padu.. Maklumat lanjut boleh Contact atau PM kami*

017 312 8036 Hadzmil / 011 26239366 Zakiah

..."Jom Bekam!"...


Reminder Musim Panas / Summer Season





Sunday, February 22, 2015

Rawatan Alternatif No.1 - Bekam / Hijamah / ODT

Alhamdulillah,.. Syukur kepada Allah s.w.t ke atas Sambutan Sunnah ber Bekam yang teramat mengalakan semenjak kebelakangan ini, Alhamdulillah. Bekam semakin popular dan semakin menjadi Pilihan Alternatif untuk individu yang mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi symptom-symptom penyakit yang di tangunggi mereka tanpa menjalani rawatan yang ber-Kos tinggi dan tanpa Dadah. Bekam juga terbaik sekiranya diamalkan kita untuk mengelakan (Preventive) / Mengurangkan dari symptom-symptom berat / kronik seperti Serangan jantung, Diabetis, Gout, Darah Tinggi, Tekanan Darah Rendah Colesterol tinggi, Resdung, Jerawat muka/ badan yang teruk, Psirosis Dan Lain-lain lagi.

In Shaa Allah, Dengan Izin Allah s.w.t ramai telah mendapat result yang amat drastik selepas Bekam dan perubahan symptom yang amat ketara dari sebelum berBekam dan selepas sesudah berBekam.

Jadikan BEKAM sebagai pilihan Alternatif anda juga dan elakan dari penyakit Kronik, In Shaa Allah..

Untuk Appointment Bekam anda Call/ Sms / WhatsApp ke:-
017 312 8036 Hadzmil
011 26239366 Zakiah

                       ......" Jom Bekam! Bekam Sufi Putrajaya Presint 15 H",....






Saturday, February 21, 2015

Bekam Sufi Da'wah

For Maintain A Great Health lets do #Hijamah (#ODT / #Bekam) and Bonus its a Sunnah ...

#BekamPutrajaya #BekamSufi #ODT

"Allahumma Solli Ala Muhammad"...



Thursday, February 19, 2015

Hadith Bekam

Assalamualaikum & Salam Jumaat


Mencari Rawatan Bekam?.. Kami menawarkan beberapa Pakej Bekam bermula dengan RM60.00 Nett seindividu (20 cups) dan beberapa lagi pakej menarik. Kami berlokasi di Putrajaya, Presint 15 Jalan P15H.
Dapatkan Theraphy/ Rawatan #Bekam anda pada hari ini (20/02/15, Jumaat) dengan menghubungi kami atau WhatssApp / Sms ke

017 312 8036 Hadzmil
011 26239366 Zakiah

Jom Bekam dan menjalankan Sunnah Rasulullah saw.

Wednesday, February 18, 2015

Slot Bekam Kosong pada Tahun Baru Cina 19/02/15



Slot #Bekam kekosongan hari ini (12/02/15) pada time 3:30 p.m dan 9 p.m dan sempena CNY ini kami memberi hadiah2 kepada pelangan yang hadir berdua untuk sesi Bekam dengan kami. 

Promotion Tahun Baru Cina ini kami akan memberi kepada pelanggan kami yang hadir berdua atau lebih ramai hadiah-hadiah percuma bernilai RM10 setiap satu.

Hubungi kami untuk mendapatkan sesi Bekam anda di hari cuti anda segera.
017 312 8036 Hadzmil
011 26239366 Zakiah

#BekamPutrajaya #BekamSunnah #JomBekam #BekamCNY



Kelebihan Bekam ( Dry & Wet Cupping)



MANFAAT RAWATAN BEKAM ANGIN

1) Meringankan rasa sakit dan mengurangi
pengumpulan darah beku.
2) Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang
kronik.
3) Mengubati nephritis.
4) Mengatasi radang selaput jantung, radang urat
saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada
bahagian celah-celang tulang dada.
5) Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung
berdarah.
6) Untuk mengatasi masuk angin.
7) Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan
darah dari pembuluh darah pesakit dan
menginjeksikannya ke otot paha, khususnya bagi
anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka
susah ditemui disebabkan terlalu tua



MANFAAT RAWATAN BEKAM DARAH


1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan
aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman
pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan
angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman
di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit
gigi.
6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata
dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya
menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan
arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu, dada dan
punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan
banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat
dan gatal-gatalt mengatasi pericarditis dan
(radang
selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal)
yang parah. kulit.
13) Bermanfaat mengatasi keracunan.
14) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.

Untuk Appoinment Bekam Sekitar #Putrajaya dan Selangor Hubungi : (WhatssApp/Sms)

017 312 8036  Hadzmil
011 26239366 Zakiah